Tuesday, May 15, 2012

Jangan Menilai Warna Kulit Punggung Berdasarkan Warna Kulit Leher

Setiap tahun,bila masuk bulan March,aku dah teruja lain macam.Masuk hujung bulan March,aku dah mula selongkar Youtube.Bulan 4,selalunya dah ada banyak koleksi.Disebabkan tahun ni,masa lapang aku tak banyak sangat sebab sibuk bukan main siang malam,bulan 5 baru aku terkial-kial mencari.

Benda yang aku cari,adalah Britain Got Talent.Kini dikenali pula Britain Got More Talent.Aku suka lihat bakat-bakat unik yang ada pada mereka.

Ada 4 video yang aku suka tengok setakat ini.

Video pertama.Pasal mamat yang kurang keyakinan diri.Baru masuk pentas,Simon dah pelece dah.Awesome.

Video kedua,bukan dari Britain Got More Talent.Aku terjumpa secara tidak sengaja.Memang awesome.

Video ketiga,dari tahun 2011,tapi aku masih tengok sampai sekarang sebab aku suka nyanyian versi beliau.





Video terakhir ni,adalah video paling aku suka.Malas cakap banyak.Dah siap jadi ringtone.Sangat menangkan bila dengar di kala angin petang yang sayu.Nak dengar nyanyian dari penyanyi asalnya,klik pada link ni: Paul Weller.Aku lagi suka nyanyian mamat dalam Britain Got Talent ni berbanding nyanyian asal.

Peh.

Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Yang Susah.


Sumber: Google

Planking










Meanwhile...in Malaysia...











Sumber gambar : Google

Dialog Suami Isteri - 26

"Muah! Muah! Muah! Mmmmuahhhhhhh!!!...." bunyi si isteri sambil memuncungkan bibirnya ke arah si suami.

Si suami yang sedang leka membaca majalah di atas sofa,tiba-tiba terkejut.

"Kenapa ni?" soal si suami dengan tenang.
"Nak cium abang lah." balas si isteri sambil tersengih-sengih.

"Kenapa tiba-tiba?" si suami menyoal lagi.Mukanya tenang menantikan jawapan.
"Takde la,semalam ayang beli lipglos baru.Perisa guava tau.Abang kan suka jambu.Hik hik hik..." balas si isteri dengan manja.Ada unsur-unsur menggoda dan mahu menggatal di situ.

"Ok lah,kalau nak cium abang,cepat pejam mata,dan cari bibir abang.Baru lah romantik." ringkas arahan dari suami.Si isteri yang sedang menggedik,tidak membuang masa.Dipejamnya mata,dan mulutnya mencari-cari mulut si suami.

Setelah beberapa ketika mencari,akhirnya bibir mereka bertaut.Namun tidak lama.Si isteri cepat-cepat membuka mata dan menjauhkan diri dari si suami.

Terkejut.

"Not bad..memang rasa jambu.Sedap jugak.Nasib baik sempat ambil dan letak kuah rojak dengan serbuk asam boi tadi kat bibir abang.Memang ngam." balas si suami sambil sambung baca majalah dan menjilat-jilat bibir sendiri.

Lazat.






Si isteri menggelupur histeria.

Monday, May 14, 2012

Lagu Cinta Antarabangsa


Dalam lagu ni,aku hanya suka bahagian chorus Chris Brown sahaja,terutama tariannya pada minit 1:26 -1:29.Ringkas,kemas dan berkesan bagi aku.Ye lah,mamat ni,bagi aku,antara penari yang bagus.Dalam vklip lagu YEAH3x pun,tarian karatenya bersama rakan-rakan dah memang champion untuk dilihat.Diharap,beliau dapat melawan penyakitnya dengan berjaya.


*Cuba tiru gerakannya pada minit 1:26-1:29 di depan cermin.....masyaallah,buruk bebeno melihatnya.Rasa nak lempang diri sendiri laju-laju.Inilah yang dikatakan,cermin diri sediri.

Nasib baik elemen hensem tu masih ada di dalam cermin.

Hik hik hik.



Wednesday, May 9, 2012

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 11

Bantal adik perempuan aku.Aku geleng-geleng kepala.Fesbuk di mana-mana.

Mencari rebung bersama emak.Rebung ada banyak jenis.Jenis dalam gambar ni,kat kampung aku,dipanggil rebung sungai.Sebab dekat dengan sungai.Hahaha.Tips cari rebung ni mudah.Lagi dalam letaknya di dalam tanah,dan lagi jauh dari 'perdu' buluh,lagi manis rasanya.So,pandai-pandailah nak cari.Kalau beli kat pasar,jangan komplen sangat harganya mahal bla bla bla....Ingat senang? Dengan nak menggalinya,nyamuknya,pacatnya.Heh,dah rasa macam tenggiling dah masa gali rebung ni.

Tiga jenis kulat@cendawan yang aku jumpa.Banyak dan comel-comel.

Leher aku dijerut dengan pokok ni.Nasib baik aku berjaya lepaskan diri.Kalau tak,tak tahu lah apa nak jadi.Amacam? Dramatik tak? Hahaha.

Ini adalah pokok 'kelempung'.Cara memakannya ada banyak.Samada dimasak gulai,goreng sambal,masak lemak,atau dibuat 'jak'.Jak ni kategorinya sama macam rojak.Cara buatnya,masukkan belacan,garam,cili dan gula bersama buah kelempung ke dalam lesung batu.Tumbuk hingga sebati,dan terus dimakan begitu sahaja.Kenapa namanya kelempung? Mungkin disebabkannya ianya boleh terapung di dalam air.Ini untuk membezakannya dengan buah yang boleh tenggelam di dalam air.Buah yang tenggelam di dalam air,banyak didapati di dalam kolam renang.Kah kah kah. Untuk yang lambat pikap,sila bersabar sehingga anda faham.

Hasil setelah hampir sejam menggali macam tenggiling.Dapat 2 plastik besar.Dalam 10 kilo jugak la beratnya aku memikul dari sungai sampai ke rumah.

Keadaan rebung setelah dibogelkan oleh Jamil dengan rakus di tepi sungai.Putih gebu kan? Ha,bila dah gebu macam ni,baru la boleh dipotong,direbus dan dibungkus untuk dibawa kepada adik-beradik di KL.Ha,yang hijau tu,buah kelempung.Bunga kuning tu,dulu-dulu,masa kecil,kalau sakit gigi,letak je bunga tu kat tempat yang sakit.Secara automatik,sakit gigi akan hilang.Boleh tahan dia punya ajaib.